Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panjat doa hadapi PSR dengan tenang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Sebagai persiapan menjelangnya Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi pelajar Tahun 6, Sekolah Learning Tree telah mengadakan Solat Sunat Hajat dan Bacaan Surah Yasin baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Pulaie itu telah dihadiri oleh guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan penjaga pelajar berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai. Seterusnya bacaan doa dibacakan oleh imam masjid berkenaan, Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis tahunan yang dikendalikan oleh Unit Keagamaan Sekolah Learning Tree itu bermatlamat untuk memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT khusus bagi pelajar Tahun 6 supaya dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

    Antara yang hadir pada majlis yang diadakan di Masjid Kampung Pulaie. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH LEARNING TREE
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH LEARNING TREE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda