Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Papan tanda penghulu, ketua kampung dirasmi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Majlis Perasmian Papan Tanda Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara telah diadakan hari ini bagi lima jawatan yang telah diisikan secara tetap.

    Jawatan secara tetap itu adalah bagi Penghulu Mukim Zon 2, Kampong Ayer; Ketua Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu; Ketua Kampung Subok, Mukim Kota Batu; Ketua Kampung Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kindana, Mukim Kota Batu serta Ketua Kampung Menunggol, Mukim Kota Batu.

    Perasmian papan tanda di kediaman penghulu mukim dan ketua-ketua kampung berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

    Majlis perasmian dimulakan di kediaman Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan yang telah dilantik pada 12 Disember 2022 dan diikuti di kediaman Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, yang telah dilantik pada 1 November 2022.

    Seterusnya, Awang Abdul Walid menyempurnakan perasmian papan tanda di kediaman Ketua Kampung Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kindana, Awang Zaini bin Haji Salleh yang telah dilantik pada 16 Mei 2022.

    Perasmian diteruskan di kediaman Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman yang dilantik pada 12 Disember 2022, dan diakhiri di kediaman Penghulu Mukim Zon 2, Awang Raimi bin Awang Rashid yang telah dilantik pada 12 Disember 2022.

    Turut hadir ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, pegawai-pegawai kanan di KHEDN, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung berserta penduduk mukim dan kampung masing-masing.

    Awang Abdul Walid menyempurnakan perasmian papan tanda di kediaman Ketua Kampung Subok, Mukim Kota Batu. – Gambar serahan Jabatan Daerah Brunei dan Muara
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda