Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Papua New Guinea dan Australia meterai perjanjian keselamatan

    CANBERRA, 5 DIS – Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape mengatakan hari ini beliau akan menandatangani perjanjian keselamatan dua hala dengan Australia semasa lawatannya pada minggu ini.

    Marape berkata perjanjian yang akan ditandatangani dengan rakan sejawatan Australia, Anthony Albanese, pada Khamis akan melibatkan para pegawai polis Australia yang bekerja di bawah kepimpinan Pesuruhjaya Polis Papua New Guinea, David Manning.

    “Pengaturan keselamatan ini adalah penting bagi Papua New Guinea dan juga untuk Australia serta kepentingan keselamatan serantau,” kata Marape dalam satu kenyataan.

    “Kabinet akan menyetujui sepenuhnya butir-butir lebih terperinci sebelum Perdana Menteri Albanese dan saya menandatanganinya,” tambah Marape.

    Satu perjanjian keselamatan antara Australia dan jiran yang terdekat, yang secara strategik sangat penting dalam persaingan rakan AS terhadap China untuk pengaruh serantau, dijangka akan ditandatangani pada bulan Jun.

    Namun selepas perjanjian keselamatan yang dimeterai oleh Papua New Guinea dengan Amerika Syarikat mencetuskan bantahan pelajar pada bulan Mei di bandar kedua terbesar negara kepulauan Pasifik Selatan, Lae, Marape mengumumkan perjanjian dengan Australia akan ditangguhkan.

    Wakil Perdana Menteri Papua New Guinea, John Rosso memberitahu Australian Broadcasting Corp. perjanjian terbaharu itu bertujuan untuk membangunkan keupayaan tentera dan polis kedua-dua buah negara yang berkembang pesat itu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...