Bintang realiti dan sosialit terkenal Paris Hilton mendedahkan bakal membuat kemunculan di salah sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, September ini.
Paris, 42, memaklumkan di laman X miliknya dia bakal berkunjung ke negara itu bagi melancarkan minyak wangi keluaran terbarunya Ruby Rush.
Tidak memperincikan acara tersebut, Paris dijangka akan bertemu peminat pada acara itu pada pukul 4 petang.
“Hai Malaysia. Tidak sabar hendak bertemu anda semua pada 13 September nanti untuk pelancaran minyak wangi saya pada pukul 4 petang di KL Sogo,” katanya.
Untuk rekod, ini adalah kunjungan kedua Paris ke negara itu selepas pernah hadir membuat persembahan di The Party of the Century bersama kumpulan 2AM dan Taboo (Black Eyed Peas). – Agensi