Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paris perkenalkan Hari Tanpa Kereta

    PARIS, 2 Okt – Paris menghentikan penggunaan kereta persendirian dari pusat bandarnya selama tujuh jam pada hari Ahad dalam mempromosikan usaha bagi menentang pencemaran dan perubahan iklim.

    Dari jam 11 ??pagi hingga jam 6 petang waktu tempatan, semua kereta persendirian (dengan beberapa pengecualian) dilarang memandu di jalan-jalan di ibu negara Perancis. Pemandu yang tidak mematuhi larangan itu akan didenda 135 euro (kira-kira AS$159 dolar).

    Paris mula mengadakan aktiviti seumpamanya sejak 2015 tetapi larangan hari minggu adalah kali pertama dalam pengangkutan swasta di seluruh pusat bandar Paris, yang meliputi kira-kira 100km persegi.

    Kerajaan perbandaran berkata ia telah menggerahkan hampir 1,000 pegawai polis untuk mengawal jalan. Tetapi matlamatnya adalah “bukan bagi meminta persetujuan,” katanya.

    Orang ramai ketika menyertai acara tersebut yang diadakan hujung minggu. Paris telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Hari Tanpa Kereta bagi menangani masalah perubahan iklim. – AFP

    Anne Hidalgo, jurucakap bagi perlindungan alam sekitar, percaya bahawa mengurangkan penggunaan kereta adalah cara yang berkesan untuk memerangi pencemaran di City of Lights.

    Hari Tanpa Kereta, pada pendapatnya, dapat meningkatkan kesedaran tentang kaedah pengangkutan alternatif dan menunjukkan bagaimana kehidupan Paris dengan beberapa kereta di jalan.

    Walau bagaimanapun, banyak pemilik kereta yang marah dengan larangan itu. Rangkaian sosial penuh dengan protes. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda