Pelakon Park Hae Jin memberitahu dia masih tinggal bersama ibunya meskipun kini sudah berusia 40 tahun.
Disebabkan pernah terpisah dengan ibunya itu, Hae Jin berkata dia mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung.
Hampir 17 tahun, tidak bertemu ibunya selepas berpisah dengan bapanya.
“Saya kembali tinggal bersama ibu selepas 17 tahun terpisah. Sekarang saya juga tinggal bersama anak saudara.
“Sudah hampir 13 tahun kami tinggal bersama,” katanya dalam satu temu bual, dipetik oleh mStar
Berkongsi lanjut kisah zaman kanak-kanak, pelakon Doctor Strange ini memberitahu dia melalui waktu sukar apabila kedua ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai. – Agensi