Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Park Min Young dapatkan rawatan psikiatri

    Pelakon Park Min Young mendedahkan dirinya terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikiatri selepas dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram bersama bekas teman lelakinya iaitu Kang Jong Hyun.

    Menurut mStar, Min Young, 37, berkata dia menerima layanan kasar daripada segelintir pihak sehingga emosi dan mentalnya terganggu.

    “Ramai yang kata saya berjiwa kental, tapi saya sebenarnya tidak. Saya juga manusia, pernah buat silap.

    “Ada yang sangat kasar sehingga ia membuatkan hati serta mental saya terluka. Saya juga terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatri,” katanya.

    Min Young berkongsi perkara itu menerusi temu bual berkaitan drama Marry My Husband baru-baru ini.

    Min Young akui lakonan mampu membuatnya kembali pulih. – mStar

    Kata Min Young, kerjayanya yang membuatnya dirinya terus bertahan sehingga kini.

    Menyesal dengan apa yang berlaku, Min Young berjanji tidak akan terjerumus dalam kesilapan yang sama.

    “Saya rasa saya paling gembira apabila saya berlakon dan satu-satunya perkara yang masih buat saya kuat ialah kerjaya saya.

    “Saya tak anggap kontroversi itu terjadi dan saya tak akan melakukan kesilapan yang sama,” luahnya.

    Pada Januari lalu, nama aktres itu menjadi perhatian selepas dia didakwa menerima wang berjumlah RM885,000 daripada Jong Hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

    Bagaimanapun, Min Young sebelum ini menafikan menerima wang tersebut malah hubungan mereka sudah putus sebelum isu berkenaan terbongkar. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...