Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Seo Jon ambil tindakan tegas pihak sebar berita palsu

    Pelakon Korea Selatan iaitu Park Seo Joon tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang menyebarkan berita palsu mengenai dia di media sosial.

    Ia susulan pelakon itu menerima banyak komen berbaur negatif dan fitnah sehingga menyebabkan imejnya sebagai selebriti berpengaruh terjejas.

    Seo Joon juga memberitahu tahun ini juga dia akan lebih bertegas dengan mana-mana pihak yang cuba merosakkan reputasinya di alam maya.

    Susulan itu, agensi pelakon tersebut iaitu Awesome Entertainment juga mendedahkan mereka sudah memfailkan dua saman fitnah bagi pihak Seo Joon sejak empat tahun lalu.

    Memetik laporan mStar, saman itu difailkan selepas wujud beberapa bukti bagi menyabitkan tertuduh selain ada beberapa lagi individu bakal diheret ke muka pengadilan.

    Jelas Awesome, ketika ini beberapa kes sedang dalam siasatan pihak berkuasa sebelum pendakwaan dilakukan di mahkamah.

    Wakil aktor itu juga berpesan agar orang ramai tidak mudah mengeluarkan sebarang kenyataan palsu serta fitnah terhadap Seo Joon atau mana-mana selebriti atau berdepan tindakan. – Agensi

    Park Seo Joon tidak akan beri muka kepada mana-mana pihak memfitnahnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda