Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Shin Hye bercuti ke AS tanpa suami

    Setelah dua tahun tidak berehat panjang, pelakon Korea, Park Shin Hye memberitahu dia bakal bercuti untuk merehatkan mindanya.

    Shin Hye, 34, berkata dia akan menghabiskan cuti selama dua minggu tanpa suami dan memilih untuk berhibur bersama rakan-rakan di Amerika Syarikat (AS).

    Memetik laporan mStar, pelakon drama Doctor Slump itu memberitahu perkara itu sewaktu muncul sebagai tetamu menerusi program Whenever Possible baru-baru ini.

    “Sudah lama saya dah tak bercuti dan berehat selama dua tahun.

    “Saya bercadang untuk bercuti ke AS selama kira-kira dua minggu, jadi saya telah membersihkan rumah saya semalam,” kata Shin.

    Sementara itu, Shin memberitahu walaupun lama meninggalkan anaknya, namun suaminya iaitu Choi Tae Joon memberikan keizinan untuk dia bercuti bersama rakan.

    “Untuk percutian ini, saya dah minta persetujuan keluarga saya dan saya hanya akan pergi dengan seseorang yang saya kenali sejak sekolah rendah,” ujarnya. – Agensi

    Park Shin Hye lega suami izin keluar dengan kawan sekolah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda