Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Shin Hye dan Choi Tae Joon kini sah suami isteri

    Pelakon jelita, Park Shin Hye dan aktor Choi Tae Joon kini rasmi bergelar pasangan suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Seoul, Korea Selatan pada Sabtu lalu.

    Perkhabaran gembira itu dikongsikan agensi yang dinaungi Shin Hye, Salt Entertainment, menerusi satu hantaran beserta muat naik foto hari bahagia pasangan itu di laman Instagram rasmi mereka.

    “Pelakon Park Shin Hye akan berkahwin dengan Choi Tae Joon. Terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan,” tulisnya.

    Antara tetamu hadir ke majlis tersebut ialah Ryu Jun Yeol, Seolhyun AOA, Nam Goong Min, Lee Seo Jin, Lee Se Young, Seulong 2AM, Chansung 2PM, Kim Bum dan lain-lain.

    Pada November lalu, bintang drama Pinocchio dan The Doctors itu memberi kejutan kepada para peminatnya apabila mengumumkan dirinya sedang hamil dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya. – Agensi

    Park Shin Hye dan aktor Choi Tae Joon kini rasmi bergelar pasangan suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Seoul, Korea Selatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda