Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parlimen Pakistan pilih PM baru Selasa ini

    ISLAMABAD, 30 Julai – Parlimen Pakistan akan bersidang pada Selasa ini untuk melantik perdana menteri baru selepas penyingkiran perdana menteri Nawaz Sharif yang sedang dalam tempoh penggalnya tiga tahun.

    Parti Liga Islam Pakistan kendalian Sharif, yang meraih majoriti selesa dalam parlimen, mencalonkan pengikut setia Sharif, Shahid Khaqan Abbasi bagi slot tertinggi semalam.

    Sharif mencadangkan Abbasi sebagai perdana menteri sementara sehingga abangnya, Shahbaz Sharif, yang juga ketua menteri wilayah Punjab, boleh bertanding dalam pilihan raya bagi merebut kerusi yang dikosongkan dengan pembatalan abangnya.

    Pembangkang dijangka akan menamakan calon bagi mencabar Abassi bagi undian dalam parlimen, tetapi penggubal undang-undang sebanyak enam kali itu dijangka akan memenanginya.

    Parti kendalian Sharif memegang 188 dari 342 kerusi dalam dewan rendah parlimen dan dengan undian tambahan dari sekutunya dijangka akan memperoleh 214 undian. Untuk mendapatkan slot tertinggi, Abbasi hanya memerlukan 172 undian.

    Mahkamah Tinggi Pakistan menyingkirkan Sharif dari pejabatnya pada Jumaat lalu kerana tidak jujur dan merahsiakan aset. Penyiasatan terhadapnya bermula selepas anaknya dinamakan dalam pembocoran yang digelar Panama Papers kerana memiliki akaun luar pantai dan hartanah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda