Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Parti Modi menang 3 daripada 4 negeri dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 4 DIS – Parti nasionalis Hindu yang memerintah India menang dalam tiga daripada empat pilihan raya negeri, menurut keputusan yang dikeluarkan kelmarin daripada undian penting yang menyaingi parti pembangkang utama dengan Perdana Menteri Narendra Modi sebelum pilihan raya negara tahun depan.

    Parti Bharatiya Janata pimpinan Modi, atau BJP, merampas kawalan negeri Chhattisgarh dan Rajasthan daripada Kongres Kebangsaan India dan dipilih semula di Madhya Pradesh untuk rekod penggal kelima, menurut laman web suruhanjaya pilihan raya.

    Parti Kongres menang dengan selesa di negeri Telangana, yang diperintah oleh Telangana Rashtra Samithi yang kuat, terkenal kerana menentang BJP.

    Pengiraan undi di negeri kelima, Mizoram, ditetapkan pada hari ini di mana sekutu serantau BJP, Barisan Nasional Mizo, berkuasa.

    Pilihan raya di lima negeri itu diadakan bulan lalu dan lebih 160 juta orang, atau satu per enam daripada pengundi India, layak mengundi. Pengundian di India biasanya dilakukan secara berperingkat kerana penduduk yang ramai.

    Modi berterima kasih kepada pengundi atas ‘sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi’ di negeri-negeri di mana partinya menang.

    “Keputusan di Chhattisgarh, Madhya Pradesh dan Rajasthan menunjukkan bahawa rakyat India teguh dengan politik tadbir urus dan pembangunan yang baik, yang diwakili oleh @BJP4India,” tulis Modi di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Rahul Gandhi, ketua Kongres, mengaku kalah di tiga negeri itu. “Pertempuran ideologi akan berterusan,” tulisnya di X, dan berterima kasih kepada penduduk Telangana di mana partinya menang. – AP

    Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika disambut pekerja parti semasa perayaan berikutan kemenangan Parti Bharatiya Janata dalam pilihan raya negeri di ibu pejabat BJP di New Delhi, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...