Penyanyi duo, AishaHanim tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Raya Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Aisha berkata, lagu raya tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri terutama dari segi elemen komposisi melodi dan lirik yang lebih moden serta menepati cita rasa pendengar muda.
Menurutnya, lagu Aidilfitri alaf moden juga mampu menambat hati peminat sekiranya kena dengan selera pendengar.
“Memang kami sendiri suka mendengar lagu raya lama. Setiap kali Aidilfitri, lagu itu juga yang akan berkumandang. Tetapi, lagu raya baharu pun sedap-sedap belaka.
“Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan,” katanya.
Bercerita mengenai lagu Raya Rumah Terbuka, Hanim memaklumkan ia mengambil konsep kugiran serta disuntik dengan eleman tradisional.
Tambahnya, lirik lagu berkenaan ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.
Raya Rumah Terbuka bakal dilancarkan bulan Ramadan ini di semua platform digital serentak dengan muzik videonya. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P17-A_04042023.jpg)