Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pastikan kelancaran sambutan Maulud Nabi

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Bagi memastikan kelancaran acara Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah yang akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pada 8 Oktober ini, latihan penuh telah diadakan di masjid berkenaan hari ini.

    Hadir bagi menyaksikan latihan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KIHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.

    Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu acara keagamaan rasmi Negara Brunei Darussalam dan seperti lazimnya ia disambut dengan penuh besar-besaran bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita setiap tanggal 12 Rabiulawal tahun Hijrah.

    Tema bagi sambutan tahun ini ialah ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Meraih Syafaat Rasulullah SAW’.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyaksikan latihan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1444H di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.- Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...