Oleh Syahmi Hassan Gambar oleh James Kon BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya memastikan anak-anak mereka memakan makanan yang dimasak dengan sempurna dan meminum air yang bersih. Saranan tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar (gambar)

