Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan F79 muncul juara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Pasukan F79 telah dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Futsal Piala Volta Street Arena bersempena Hari Belia Kebangsaan, di gelanggang Volta Street Arena di Lambak Kanan, baru-baru ini.

    Dalam kejohanan tersebut, naib juara telah disandang oleh Pasukan All Brothers FC. Pasukan yang menyertai kejohanan itu terdiri daripada Pasukan Jazzy, Pasukan Street Ft, Pasukan Brasik FC, Pasukan GGB FC, Pasukan All Brothers FC dan Pasukan F79.

    Manakala penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut diraih oleh Awang Ikmal dari Pasukan All Brothers FC.

    Semasa ditemu bual secara dalam talian, Luanloko selaku penganjur menyatakan, kejohanan yang diadakan buat julung kalinya itu antara lain bertujuan bukan hanya untuk mengeratkan jalinan silaturahim antara penggemar sukan futsal tanah air bahkan juga dihasratkan bagi menyerlahkan lagi bakat dan prestasi mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pasukan-pasukan di peringkat kampung kepada khalayak umum.

    Pasukan F79 dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Futsal Piala Volta Street Arena kelmarin. – Gambar serahan Luanloko
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda