Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pasukan Pegasus tewas tipis kepada Speedhunter

    Oleh James Kon

    MALAYSIA, 9 OGOS – Sumbangan 31 mata oleh Marcus Quirk daripada Pasukan Pegasus tidak mampu menewaskan pasukan dari Malaysia, Speedhunter dengan perlawanan berakhir 89-90, dalam perlawanan pertama Kumpulan A Liga-D Malaysia 2022.

    Jeremy Chu dan Tsung Lik King masing-masing menyumbang 14 mata, sementara Kuan Shean Lin menyumbang 10 mata dan 13 mata disumbangkan oleh Teoh Yi Kang dalam perlawanan bola keranjang itu.

    Pegasus melakukan beberapa kesilapan dan membolehkan Speedhunter untuk mendahului suku ketiga dengan keputusan 58-71.

    Pada suku keempat perlawanan, Pasukan Pegasus menguasai permainan dan kembali bangkit apabila Yikang Teoh dan Jeremy Chu masing-masing menyumbang mata buat pasukan.

    Selepas terikat dengan 82-82 mata, kedua-dua kumpulan berentap pada masa tambahan permainan.

    Kumpulan Pegasus berentap dalam perlawanan pertama Kumpulan A Liga-D Malaysia 2022. – Gambar serahan Pasukan Pegasus

    Pemain Speedhunters, Lim Jun Wei, komited dalam membantu pasukannya memenangi perlawanan dan berjaya memperoleh empat mata, menjadikan keseluruhan mata permainan kepada 88-84 pada masa permainan yang berbaki dua minit.

    You Xin Yap daripada Pasukan Pegasus menyumbang dua mata selepas membuat balingan percuma pada masa yang berbaki satu minit dan 17 saat. Perlawanan berakhir dengan keseluruhan mata 89-90 apabila Marcus Quirk berjaya menyumbang mata untuk kumpulannya.

    Marcus Quirk mempunyai peluang untuk menyumbang kemenangan menentang Speedhunter namun pemain itu terlepas beberapa percubaan pada saat-saat terakhir perlawanan itu.

    “Terdapat kurang persefahaman dalam pasukan dan bahagian pertahanan kami kurang memuaskan. Kami akan membuat memperbaiki permaian untuk perlawanan yang seterusnya,” kata Pengasas Agensi Sukan Pegasus, Samuel Jong.

    Beliau turut menyatakan pemain Barry Tsung Lik King dan Shean Lin telah bermain dengan cemerlang serta menyumbang mata berganda untuk Pasukan Pegasus.

    Pasukan tersebut akan menentang Singapore Adroit esok.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...