Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pasukan veteran kukuh jalinan

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Pasukan Bola Sepak Veteran Peminat Bola Sepak Manchester United (MUFF) Brunei telah mengadakan kunjungan ke Labuan untuk bertemu dengan Pasukan Bola Sepak Veteran MUFF Labuan ketika mereka mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada 3 Februari di padang rumput yang terletak di Kompleks Sukan Labuan.

    Bertujuan untuk membantu merapatkan hubungan antara kedua-dua pasukan yang berkongsi minat terhadap pasukan bola sepak dan sukan yang sama, Pasukan Bola Sepak Veteran MUFF Brunei telah diketuai oleh pe-ngurus mereka, Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi.

    Hadir bagi mengalu-alukan pasukan pelawat dari Brunei ke venue ialah pengurus Pasukan Bola Sepak Veteran MUFF Labuan, Erma Sazali bin Mohamed Jahari. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 5-5 antara kedua-dua pasukan.

    Gambar ramai semasa perlawanan persahabatan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PASUKAN BOLA SEPAK VETERAN MUFF BRUNEI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...