Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persatuan AFSA timba ilmu, pengalaman di Malaysia

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Dengan matlamat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna bagi keperluan persatuan, rombongan Aftercare Support Association (AFSA) telah berlepas ke Malaysia bagi lawatan sambil belajar ke beberapa buah rumah perantaraan, Jabatan Penjara Malaysia, baru-baru ini.

    Lawatan rombongan diketuai oleh Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya berkenaan diadakan bermula kelmarin hingga 9 Februari.

    Semasa lawatan sambil belajar itu, rombongan akan melawat ke Rumah Perantaraan Komuniti Ampang Kuala Lumpur, Rumah Perantaraan Kominiti Hulu Langat, Negeri Selangor, Rumah Perantaraan Lembah Tengah, Negeri Melaka dan Pusat Pengasih Bentong, Negeri Pahang.

    Mengulas mengenai lawatan berkenaan, Timbalan Yang Di-Pertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri berkata, ia bertujuan untuk mempelajari proses dan tatacara penubuhan pusat perantaraan bagi bekas-bekas banduan warga emas dan wanita, program dan aktiviti yang dikendalikan dan disediakan kepada klien atau penghuni di dalamnya serta menimba pengetahuan dan kemahiran bagi membantu dan menyantuni klien atau penghuni berkenaan.

    Beliau juga menyatakan harapan supaya delegasi akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna bagi keperluan AFSA.

    Hajah Juhana mengetuai rombongan AFSA yang berlepas ke Malaysia bagi lawatan sambil belajar bermula 5 hingga 9 Februari. – GAMBAR SERAHAN AFSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...