Monday, February 3, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Patrick Dorgu sertai United dari Lecce

    MANCHESTER, 2 FEB – Manchester United telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Denmark, Patrick Dorgu, dari Lecce pada hari ini dengan yuran permulaan yang dilaporkan berjumlah AS$37 juta.

    Pemain berusia 20 tahun itu telah mencuri perhatian di Serie A selama dua musim lalu, menjaringkan lima gol dalam 53 penampilan di liga utama Itali dan mempunyai empat penampilan bersama negara.

    Dorgu merupakan pemain pertama yang dibawa masuk oleh Ruben Amorim, pengurus baharu United, dan diharapkan dapat menyelesaikan kekurangan pilihan pemain pertahanan bagi jurulatih Portugal itu.

    “Saya sangat bangga dapat mengelar diri saya pemain Manchester United; ini adalah hari sangat istimewa untuk seluruh keluarga saya. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Ruben Amorim, visi beliau untuk pasukan ini dan masa hadapan kelab sangat menggembirakan,” kata Dorgu dalam kenyataan kelab. – AFP

    Patrick Dorgu meraikan jaringan gol pertama pasukannya dalam perlawanan UEFA Nations ketika Denmark menentang Switzerland di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark, pada 5 September 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda