Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PB turut kibar bendera

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Politeknik Brunei (PB) tidak ketinggalan dalam mengadakan upacara majlis menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 tahun ini, bertempat di hadapan bangunan kampus utama PB di Jalan Ong Sum Ping, baru-baru ini.

    Majlis disempurnakan oleh Pemangku Pengarah PB, Lim Kian Boon selaku tetamu kehormat majlis.

    Majlis dimulakan dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Kadet Tentera PB (Pelajar Diploma Tahap 5 dalam Thermal Power Plant Technology, Sekolah Petrokimia, Pengambilan ke-11), 93550 SJN KT Nurrahiim bin Raziman, oleh Pemangku Pengarah PB dan diikuti dengan upacara menaikkan bendera negara diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan.

    Upacara dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik, Berkibarlah Bendera oleh para pelajar PB.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan seterusnya sesi bergambar ramai.
    Majlis dihadiri oleh semua warga PB termasuklah penolong pengarah, pendaftar, ketua-ketua bahagian dan sekolah, para pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar PB.

    Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 dengan meningkatkan penghayatan terhadap kemerdekaan tanah air serta mengukuhkan semangat patriotik dan cintakan negara serta mengukuhkan rasa nasionalisme dalam kala-ngan kakitangan dan pelajar PB.

    Antara acara yang akan dikendalikan oleh PB bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan termasuk Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang akan diadakan di Surau Kampus Utama PB nanti.

    Suasana semasa majlis menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam di kampus utama PB, Jalan Ong Sum Ping, baru-baru ini. – Gambar serahan PB
    Para pelajar mengambil bahagian dalam permainan papan yang merupakan sebahagian aktiviti yang dikendalikan oleh Bank Baiduri semasa Jerayawara Kesedaran Kewangan yang berlangsung di Ma’had Islam Brunei, Tutong, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...