Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB bimbang Amazon terbakar

    BRASILIA, 23 OGOS – Kebakaran hutan hujan Amazon yang terburuk setakat ini bukan saja mencetuskan krisis di Brazil tetapi menyebabkan kebimbangan antarabangsa, lapor agensi berita Xinhua.

    “Kami amat bimbang mengenai kebakaran ini,” kata jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Khamis berhubung kebakaran hutan terburuk di rantau Amerika Latin itu yang memusnahkan banyak kawasan Amazon.

    Beliau berkata, hutan amat penting untuk kesihatan seluruh dunia dan usaha mengekalkan hutan amat penting adalah memerangi peningkatan cuaca.

    Pada awal bulan ini, Brazil mengistiharkan darurat berikutan peningkatan jumlah kejadian kebakaran hutan di rantau berkenaan.

    Kebakaran hutan di Brazil meningkat sebanyak 82 peratus sejak Januari hingga Ogos 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Institut Penyelidikan Angkasa Lepas Brazil (INPE) pada Isnin.

    Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada Rabu menyalahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikutan peningkatan kejadian kebakaran di utara negara itu, tetapi tuduhannya itu disangkal pencinta alam sekitar. – Bernama

    Seorang penunjuk perasaan menyertai satu demonstrasi di depan kedutaan Brazil di Mumbai, yang menumpukan pada kebakaran besar di Amazon tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda