Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    PBB: Gelombang haba jejas jutaan kanak-kanak

    BANGKOK, 12 APRIL – Gelombang haba besar-besaran di seluruh Asia Timur dan Pasifik boleh menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak berdepan risiko, menurut amaran dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin dan menggesa tindakan untuk melindungi mereka daripada suhu yang meningkat.

    Pemantau global telah memberikan amaran bahawa 2024 bakal menjadi tahun paling panas dalam rekod, sejajar dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.

    Data dari Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan lebih 243 juta kanak-kanak di seluruh Pasifik dan Asia Timur dianggarkan terjejas oleh gelombang haba, berdepan risiko penyakit berkaitan haba dan kematian.

    Beberapa negara di rantau ini sedang mengalami musim panas, dengan suhu menghampiri paras rekod kerana ia kerap mencecah lebih 40 darjah Celsius.

    Peramal cuaca tempatan meramalkan kenaikan yang lebih mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

    Pelajar Filipina sedang belajar di rumahnya di Quezon City, manakala pengasuhnya mengelap peluhnya ketika cuaca panas pada 2 April lalu. – ANN/THE STRAITS TIMES

    Beberapa sekolah Filipina telah menggantung kelas apabila suhu dikatakan mencapai tahap ‘bahaya’ 42 atau 43 darjah Celsius manakala suhu 43.5 darjah Celcius direkodkan di Mae Hong Son, Thailand pada awal minggu ini, sedikit rendah daripada rekod tertinggi, 44.6 darjah Celsius.

    Kira-kira 40 orang telah maut akibat penyakit berkaitan haba setiap tahun, menurut Kementerian Kesihatan Thailand.

    Pada Februari, Vietnam mengalami gelombang haba teruk di wilayah ‘jelapang padi’ apabila suhu mencecah sehingga 38 darjah Celsius, paras tinggi ‘tidak normal’ untuk tempoh tersebut.

    Menurut laporan UNICEF, kanak-kanak lebih berisiko berbanding orang dewasa kerana mereka kurang mampu mengawal suhu badan mereka dan, ”haba melampau ialah ancaman yang boleh membawa maut kepada mereka,” kata Debora Comini, Pengarah Pejabat Serantau UNICEF untuk Asia Timur dan Pasifik.

    Gelombang haba boleh memberikan kesan teruk apabila haba ‘menghalang mekanisme penyejukan semula jadi badan’ seseorang. “Kita mesti berjaga-jaga dan melindungi kanak-kanak dan komuniti daripada gelombang panas yang semakin teruk dan kejutan iklim yang lain,” kata Comini.

    PBB mengunjurkan lebih dua bilion kanak-kanak dijangka terdedah kepada gelombang haba menjelang 2050. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Seramai 20...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    PBB rai lima aktivis belia guna teknologi bagi tujuan perubahan positif

    GENEVA, 21 NOV - Lima aktivis muda dari seluruh...

    Kedutaan Iran raikan Hari Kanak-Kanak bersama Pusat Ehsan

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...