Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pencuri Lego guna penggera kebakaran

    WELLINGTON, 12 APRIL – Seorang wanita berusia 45 tahun dan seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditangkap dan didakwa atas 30 pertuduhan mencuri permainan Lego.

    Polis New Zealand berkata pasangan perompak yang gemarkan Lego itu didakwa mencuri mainan popular yang bernilai AS$12,000 kelmarin.

    Pencuri menggunakan cara yang berani dengan memasang penggera kebakaran untuk mengalihkan perhatian.

    Mereka turut menghadapi pertuduhan di bawah Akta Kebakaran dan Kecemasan New Zealand, kerana menyalahgunakan penggera kebakaran.

    Beberapa Lego yang dicuri telah ditemui di sebuah kediaman beralamat di Auckland Selatan, di mana pasangan itu ditangkap. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...