Thursday, November 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB sokong seruan Arab Saudi untuk gencatan senjata di Timur Tengah

    WASHINGTON, 13 NOV – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan dan semua kawasan konflik di Timur Tengah, susulan gesaan yang dibuat oleh Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam yang diadakan di Riyadh.

    Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan dipengerusikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman merangkap Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi.

    Jurucakap PBB, Stephane Dujarric memberitahu agensi berita Arab Saudi, SPA bahawa organisasi antarabangsa itu terus menyokong semua usaha untuk menenangkan keadaan di rantau itu, termasuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan Lubnan serta pembebasan tanpa syarat semua tawanan di Gaza.

    Beliau turut menekankan bahawa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres terus menegaskan kepentingan menamatkan pendudukan Israel dan melaksanakan penyelesaian dua negara, yang dianggap sebagai penyelesaian yang adil dan kekal kepada konflik Israel-Palestin. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda