Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PBSM komited lindungi keselamatan negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Sejak penubuhannya 74 tahun lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah badan pergerakan kemanusiaan bertaraf antarabangsa tanpa mengira perbezaan politik, bangsa, agama malah ia bersesuaian dengan tujuh prinsip asas penting yang telah diamalkan oleh Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia.

    Penubuhannya juga sejajar dengan penandatanganan empat konvensyen Geneva pada 12 Ogos 1949 bersama dengan protokol 1 dan 2 pada bulan Jun 1972 seterusnya protokol tambahan lainnya.

    PBSM Negara Brunei Darussalam juga telah sendirinya menjadi auxiliary kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah pergerakan kemanusiaan yang memberikan perkhidmatan sukarela sesuai piagam antarabangsa dan terkandung dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun memperkenankan penubuhan PBSM pada tahun 1990.

    PBSM telah menjadi sebagai sebuah badan berkanun bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Geneva sebagai ahli yang ke-170.

    Antara penerima-penerima pingat Honor COVID daripada PBSM di atas jasa berganding bahu dengan pihak kerajaan mencegah penularan jangkitan COVID.
    Hajah Sakina melahirkan rasa syukur atas penganugerahan pingat Honor COVID semasa majlis berkenaan.
    Sukarelawan PBSM sama-sama berganding bahu membantu negara membendung penularan COVID di negara ini. – Gambar fail
    Pencapaian PBSM yang paling ketara adalah pemberdayaan program latihan pertolongan cemas yang lebih efektif dengan memperkenalkan modul dan silibus latihan yang komprehensif dan pelbagai. – Gambar fail

    Pencapaian PBSM yang paling ketara adalah pemberdayaan program latihan pertolongan cemas yang lebih efektif dengan memperkenalkan modul dan silibus latihan yang komprehensif dan pelbagai.

    Di samping persatuan ini juga bekerja rapat dengan Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA) dalam memastikan piawaian akreditasi dan pensijilan pertolongan cemas diseragamkan dan mempunyai kualiti tinggi mengikut piawaian dan ketetapan standard antarabangsa.

    PBSM menyasarkan setiap rumah akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang daripada ahli keluarga mempunyai pengetahuan, pengalaman dan pensijilan pertolongan cemas pada tahun 2030 akan dapat dicapai dengan jayanya.

    Ke arah mencapai sasaran ini, persatuan mengalu-alukan semua agensi dan pusat latihan pertolongan cemas yang sedia ada akan dapat bergabung di bawah akreditasi dan pensijilan PBSM yang diiktiraf oleh SHENA.

    Selain itu, semua warga persatuan PBSM juga akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan pertolongan cemas sebagai wadah penting kepada pergerakan kemanusiaan yang sudah sebati dalam diri setiap sukarelawan bulan sabit merah sejak 74 tahun yang lalu.

    Penganugerahan anugerah Henry Dunant ini diberikan kepada sukarelawan palang merah dan bulan sabit merah di seluruh dunia mengikut kategori masing-masing dengan mengambil kira penglibatan dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kesukarelawan.

    Pada tahun ini, PBSM telah menganugerahkan empat kategori anugerah Henry Dunant kepada lima penerima iaitu Henry Dunant Humanitarian, Henry Dunant Leaders, Henry Dunant Excellent Service dan Henry Dunant Volunteers dalam Majlis Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2022 serta Majlis Penghargaan Wira Bangsa dan Negara COVID yang diadakan baru-baru ini.

    Anugerah Henry Dunant Humanitarian dianugerahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Penganugerahan ini diberikan atas kepimpinan beliau menerajui pelbagai jawatankuasa dalam melaksanakan inisiatif berkesan untuk membendung penularan wabak COVID di negara ini.

    Di samping itu, kepimpinan beliau sebagai Yang Berhormat Menteri yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan dalam pelbagai tugasan untuk memastikan bukan saja isu penularan wabak COVID tapi dalam kerja-kerja memberdaya memajukan ekonomi yang terkesan selain memastikan kesejahteraan dan keselamatan umum rakyat dan penduduk negara ini terjamin.

    Penganugerahan anugerah Henry Dunant Volunteers diberikan kepada Presiden Malam Minggu Pusat Belia (MMPB), Dayang Hajah Noor Monasaliena@Suzie binti Haji Mohd Salleh yang mana anugerah ini buat julung kalinya diberikan kepada sukarelawan gabungan.

    Penerima anugerah ini merupakan seorang pemimpin muda dan sukarelawan yang gigih dan aktif dalam pelbagai kerja-kerja kemanusiaan yang disumbangkan terutama semasa negara berdepan dengan penularan COVID. Beliau menerajui kumpulan anak muda untuk berbakti kepada masyarakat yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan mereka di peduli dengan sempurna.

    Di samping meraikan penerima-penerima anugerah ini, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan penyampaian pingat emas dan perak bagi Honor COVID.

    Temu bual media dengan salah seorang ahli sukarelawan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) , Hajah Sakina binti Haji Md Nor melahirkan rasa syukur atas pingat yang diberikan oleh PBSM ini.

    Menurut beliau penganugerahan ini bukan saja sebagai penghargaan kepada diri sendiri tetapi kepada PPNBD. Katanya lagi, beliau berharap supaya kerjasama yang erat dengan PBSM ini akan diperkukuhkan lagi bukan saja semasa pandemik ini tapi masa-masa akan datang.

    Beliau seterusnya menyeru kepada para belia di negara ini, supaya jangan gentar dalam menyahut cabaran, beranikan diri menabur bakti kepada bangsa dan negara, bukan hanya semasa pandemik malah di masa-masa akan datang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...