Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PBSM lantik ahli-ahli lembaga jemaah tadbir baharu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 (AGM12) yang menyaksikan pelantikan ahli-ahli Lembaga Jemaah Tadbir sesi 2024-2028.

    Diadakan di Kompleks Annajat, Beribi, mesyuarat telah dihadiri oleh perwakilan daripada keempat-empat daerah serta daripada pasukan kadet sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

    Pada mesyuarat itu, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim telah dilantik menjadi presiden dan Ir Simon K A Leong selaku sekretari jeneral baharu.

    Haji Mohd Suhaimi dipilih oleh perwakilan untuk menggantikan Allahyarham Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff bin Pengiran Haji Bahar yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Januari yang lalu.

    Ahli-ahli lain ialah Datin Hajah Dayang Hasnah binti Haji Ibrahim selaku timbalan presiden, Awang Mohd Al Fatah bin Haji Seruji dan Haji Hidhayatulla bin Haji Tajudeen selaku naib presiden I dan II manakala itu, Awang Amirulrizal bin Makmun selaku bendahari kehormat.

    Mesyuarat telah diakhiri dengan menamakan Allahyarham Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussoff untuk menerima Anugerah Pemimpin Kemanusiaan Antarabangsa Henry Dunant 2024 bagi menghargai sumbangan dan jasa baik kepimpinan Allahyarham sebagai pemimpin dan figura kepimpinan PBSM Negara Brunei Darussalam yang telah berjaya membawa perubahan minda dan transformasi.

    Anugerah berprestij tersebut akan disampaikan kepada keluarga Allahyarham semasa Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia (WRC) bagi 2024 pada Mei depan.

    AGM12 PBSM Negara Brunei Darussalam yang berlangsung baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...