Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PDI raikan Hari Raya bersama mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Dalam mengeratkan silaturahim dengan para mualaf di kawasan pedalaman, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong telah berkunjung ke Balai Ibadat Kampung Long Mayan, Tutong kelmarin.

    Kunjungan berkenaan adalah untuk sama-sama menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di kawasan pedalaman bersama mualaf dan masyarakat sekitarnya.

    Hadir selaku ketua rombongan ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh yang seterusnya mengimamkan dan membacakan khutbah sembahyang Sunat Aidilfitri.
    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Long Mayan dan Kampung Bukit, Awang Mohd Eddy Suffian bin Abdullah Zaman.

    Aktiviti seumpamanya antara lain bertujuan untuk sama-sama memeriahkan dan menghidupkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama mualaf khususnya yang berada di kawasan pedalaman.

    Ia juga merupakan salah satu sarana dakwah dan syiar serta menzahirkan rasa pemedulian pihak kerajaan khususnya PDI kepada para mualaf yang berada di kawasan pedalaman.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan kepada 20 orang penerima yang disampaikan oleh Haji Abdul Rajid.

    Haji Abdul Rajid dan warga PDI bergambar ramai bersama para mualaf di kawasan pedalaman Tutong.
    Kunjungan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama para muallaf.
    Khutbah aidilfitri disampaikan oleh tetamu kehormat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda