Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Selepas berjaya menempah slot secara tidak rasmi ke Sukan Olimpik Paris 2024, beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah kini fokus mencari formula terbaik menjadi pasangan konsisten, dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada temasya sukan terbesar dunia itu.

    Pearly, 24, berkata mereka sedang merangka strategi bersama barisan kejurulatihan untuk kembali mengesan kelompangan corak permainan yang dipamerkan, dengan menganalisis video untuk mengesan kekuatan dan kelemahan mereka.

    “Jurulatih telah berbincang dengan kami tentang kesilapan sama berpandukan beberapa permainan sebelum ini. Pada permainan pertama kami menang dan apabila mendahului, mesti kurang konsisten dan kalah.

    “Kami sedang mencari cara untuk menyelesaikan masalah. Mengenai latihan di luar negara, kami belum mendengar apa-apa daripada jurulatih, kerana mereka sedang fokus pemain ke Piala Uber 2024,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia baru-baru ini.

    Ditanya sekiranya juara Terbuka Perancis 2022 itu akan memilih bilangan kejohanan yang disertai atau sebaliknya sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Olimpik, Pearly berkata semua keputusan itu diserahkan kepada barisan kejurulatihan yang pastinya lebih mengetahui tahap keupayaan mereka dalam gelanggang.

    Anak jati Kedah itu memaklumkan, Masters Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 21 hingga 26 Mei ini hanya menjadi satu-satunya kejohanan yang diketahui akan berada dalam radar mereka setakat ini.

    “Kami bebas daripada kecederaan tetapi perlu fokus untuk menjadi lebih kuat, kerana terdapat banyak kejohanan dengan intensiti tinggi. Saya sudah bersedia dari awal kerana saya ingin beraksi di Olimpik tetapi perlu menjaga kondisi badan, memperkuat otot dan menjaga diri saya,” katanya. – Bernama

    Aksi Pearly Tan (kiri) dan Thinaah Muralitharan semasa Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada 16 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...