Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persekitaran Selangor FC lancar tugas Nidzam siapkan skuad terbaik

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Pengendali baharu Selangor FC, Nidzam Jamil memandang tinggi peranan setiap individu yang terlibat bersama barisan kejurulatihan skuad Gergasi Merah.

    Nidzam yang merupakan pengendali sementara naib juara Liga Super 2023 itu sebelum dilantik secara tetap pada bulan ini, mengakui bertuah kerana setiap individu di Selangor menjalankan tugas dengan amat baik dan memiliki pengalaman luas dalam kancah saingan domestik.

    Menurut beliau, perkara itu melancarkan fasa persediaan pasukan bimbingannya pada pramusim ini termasuk perlu mengendalikan sesi latihan pada malam hari sewaktu Ramadan, menjelang saingan Liga Super 2024/2025 yang dijadual bermula Mei ini.

    “Kami bukan saja ada pakar pemakanan yang memainkan peranan besar untuk mengelakkan prestasi tidak menentu dalam bulan Ramadan, kami juga ada pegawai sosial pemain yang bantu pemain-pemain baharu terutama import menyesuaikan diri dengan sesi latihan pada malam hari sepanjang Ramadan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...