Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pei Jing tidak mahu pulang awal

    KUALA LUMPUR, 9 JAN – Pemain beregu campuran Malaysia Lai Pei Jing tidak mahu berputih mata pulang awal daripada Terbuka Malaysia sekali lagi, apabila bakal bertemu rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Axiata Arena.

    Pada edisi lepas, Pei Jing dan pasangannya Tan Kian Meng yang kini berada di tangga keenam dunia, tersingkir kepada rakan sepasukan Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai seawal pusingan pertama.

    Justeru, pemain profesional berusia 30 tahun kelahiran Pahang itu tekad untuk melangkah lebih jauh pada edisi kali ini yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad ini dengan menjadikan Tang Jie-Ee Wei, yang baru digandingkan sebagai ‘korban’ pertama mereka.

    “Lawan rakan sepasukan di dalam negara sendiri memang rumit, tapi undian dah begitu. Kalau lawan pemain dari negara lain, perasaannya lain. Kami harap dapat beraksi dalam perlawanan yang menarik dan lakukan yang terbaik kerana kami kini lebih yakin.

    “Kalah bukan selama-lamanya, kami perlu bangkit semula untuk menang. Apa yang penting, kami perlu terima kekalahan, kemudian perbaiki mana yang kurang,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan rasmi hari ini.

    Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2022 itu mengakui bahawa kelajuan angin yang tinggi terutamanya di dua gelanggang di tepi, sebagai antara cabaran utama yang perlu dilalui.

    Sementara itu, Pei Jing berkata permulaan baik pada Terbuka Malaysia yang menjadi kejohanan pembuka musim ini juga penting bagi mendapatkan momentum menjelang tempoh kelayakan Olimpik Paris 2024 bermula Mei ini hingga April tahun depan. – Bernama

    Pemain beregu campuran Malaysia Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing semasa sesi latihan menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...