Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peka keselamatan di tempat kerja

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 OKT – Seramai 38 orang pelajar dari Akademi Maritim Brunei di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah telah menyertai Bengkel Pencegahan Kecederaan, hari ini, yang diadakan sebagai sebahagian inisiatif untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan mengamalkannya dalam rutin dan tugas harian.

    Bengkel yang berlangsung di dewan kuliah Sekolah ICT kampus berkenaan dikendalikan oleh perwakilan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) Schlumberger Brunei iaitu Konsultan HSE, Johnny Yap dan Pakar HSE, Hajah Asimah binti Haji Mokti. Disertai oleh para pelajar Diploma IBTE dalam Kejuruteraan Marin, Diploma IBTE dalam Pengajian Nautika, Rating Dek dan Rating Enjin, bengkel tersebut menekankan mengenai kepentingan keselamatan diri dalam aktiviti harian di tempat kerja seperti mengangkat dengan selamat, pengurusan keletihan, ergonomik kerja dan sebagainya.

    IBTE JBC berharap untuk meneruskan bengkel serupa bagi para pelajarnya kerana ia boleh membantu masyarakat lebih peka mengenai amalan-amalan keselamatan dalam industri kerana ia juga oleh diaplikasikan di rumah dan kehidupan harian.

    Johnny Yap semasa mengendalikan bengkel mengenai HSE di tempat kerja.
    Para pelajar bergambar ramai bersama pemudah cara selepas tamat bengkel.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda