MYAWADDY, Myanmar – Hanya barang-barang tertentu sahaja dimasukkan ke dalam beg galas mereka, di mana puluhan ribu pendatang Myanmar telah membuat perjalanan melintasi sempadan Thailand baru-baru ini.
Tetapi ia bukanlah satu pengembaraan atau perjalanan yang mengembirakan di mana kaum lelaki dan wanita dalam keadaan berasak di dalam sebuah trak telah melarikan diri dari Thailand oleh kerana takut dengan undang-undang terbaru mereka yang lebih ketat dan mengenakan denda bagi jutaan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah dalam meningkatkan ekonomi negara itu.
Keputusan Thailand terhadap pekerja-pekerja buruh secara mengejut itu, yang mana mengenakan denda terhadap pekerja-pekerja dan majikan mereka yang tidak berdaftar, telah memberi satu tamparan hebat dan perasaan panik bagi komuniti pendatang.
“Sekiranya kami ditangkap, kami perlu membayar wang kepada polis. Jika ini berlaku, semua wang kami akan habis,” kata Thu Ya, yang bekerja di sebuah kilang plastik Thailand, kepada AFP sambil bersiap sedia untuk menyeberang balik ke bandar sempadan timur Myanmar, Myawaddy.
Kedatangan para pendatang secara besar-besaran ini – dianggarkan lebih daripada 60,000 orang – adalah hanya kekacauan terbaru bagi menyerlahkan lagi kehidupan para pendatang yang mana telah bekerja dalam pekerjaan yang sangat merbahaya dan sukar di kilang-kilang dan bot-bot ikan Thailand.


Kebanyakan tenaga kerja tidak mempunyai dokumentasi yang sah dan sentiasa hidup dalam suasana ketakutan yang berterusan dengan eksploitasi daripada pihak polis, ketua-ketua dan pengedar.
Namun begitu, kebanyakan pendatang Myanmar bergegas melintasi sempadan dan berkata pengorbanan dan kesulitan ini masih menewaskan prospek kemiskinan yang sangat teruk di tanah air mereka, di mana pekerjaan dan gaji yang baik adalah sangat sukar untuk diperolehi.
“Saya akan mempertimbangkan kembali dengan cara yang sah, dengan dokumen yang betul,” kata Thu Ya, 32, yang menghabiskan kebanyakan hidupnya di Thailand.
Kerajaan awam baru Myanmar, yang berkuat kuasa pada tahun lepas, dijangka akan membawa masuk pelaburan asing ke negara kaya dengan sumber alam itu, yang mana telah ditutup dari pemandangan dunia semasa pemerintahan bekas junta selama 50 tahun itu.
Dalam lawatan penuh bermakna ke Thailand pada Jun 2016, pemimpin de facto Aung San Suu Kyi berjanji untuk memacu pertumbuhan ekonomi di negaranya.
Tetapi setahun selepas itu, Myanmar masih jauh dari tawaran gaji yang disediakan sepertimana mereka yang berada di Thailand.
Penurunan pelaburan asing yang suram – turun 28 peratus pada suku terakhir 2016 – sepertinya memberi amaran kepada ekonominya yang mana pada pembukaan awal tahun 2011, ianya telah menemui pelabur-pelabur yang sangat ghairah terhadap perekonomian mereka.
Pertumbuhan KDNK negara itu juga jatuh di bawah tujuh peratus untuk kali pertama dalam tempoh lima tahun pada tahun 2016, mencatatkan pada 6.5 peratus. Setelah menjadi salah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang paling pesat berkembang di rantau ini buat seketika, Myanmar kini jauh di belakang Filipina, Laos dan Kemboja.
Ahli ekonomi menyalahkan kemerosotan itu dengan kurangnya kejelasan daripada kerajaan baru ini mengenai dasar-dasar ekonomi, serta kemajuan besar dalam meluluskan undang-undang pelaburan baru.


“Kami mempunyai masalah kerana menteri-menteri yang ada tidak mempunyai budaya ekonomi, dan pembaharuan yang dilakukan juga sangat perlahan,” kata ahli ekonomi Myanmar, Khin Maung Nyo.
Kerajaan awam yang masih muda, yang dipenuhi dengan ahli politik yang masih baru, menghadapi cabaran-cabaran monumental dalam usaha untuk menghilangkan warisan ekonomi junta yang dahsyat.
“Kami perlu mengadakan ribuan pekerjaan tetapi saya masih meragui yang kami boleh melakukannya dalam masa yang cepat,” tambah Khin Maung Nyo.
Dalam pada itu, Thailand kelihatan bersedia untuk menjadi magnet bagi pekerja-pekerja di negara jirannya. Sebahagian besar ekonomi Thailand, terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan makanan, sangat bergantung kepada pendatang untuk melakukan pekerjaan itu.
Dan sementara negara ini mempunyai kadar pertumbuhan yang paling lambat di Asia, upah minimum 305 baht (AS$9) sehari adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding di Myanmar.
Sejak berkuasa pada tahun 2014, junta Thailand telah melancarkan satu siri kempen untuk membersihkan penyalahgunaan sektor buruh pendatang, yang juga menarik sejumlah besar pekerja dari Kemboja dan Laos.
Ditangkap oleh penindasan besar-besaran, junta Thailand baru-baru ini telah menggantung undang-undang barunya selama enam bulan.
Ketua Junta Prayut Chan-O-Cha menyeru pemilik perniagaan supaya tenang: “Jangan panik, mereka akan kembali semula tidak lama lagi.”
Beliau mungkin betul. Silar, seorang jururawat Myanmar yang bekerja di Bangkok, pulang dengan penuh harapan pada tahun 2015, tidak sabar-sabar untuk bersatu semula dengan suami dan anak perempuannya.
Tetapi beliau bergelut untuk mencari pekerjaan dan kini kembali semula ke ibu kota Thailand selepas membuat permit kerja.
“Di Myanmar, masih ada pekerjaan yang tidak mencukupi, terutamanya di kawasan luar bandar, dan upah yang diberikan tetap rendah,” katanya kepada AFP, menggunakan nama samaran untuk tidak dikenali.
“Saya tidak tahu dengan apa yang akan saya lakukan.” – AFP