Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelabuhan Bintulu: Putrajaya sedia bincang

    PELABUHAN KLANG, 1 FEB – Kerajaan persekutuan sedia untuk berbincang dengan kerajaan Sarawak berhubung hasrat negeri itu yang mahu mengambil alih semula Pelabuhan Bintulu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

    Katanya, perbincangan tersebut akan dibuat atas semangat Kerajaan Perpaduan namun setakat ini beliau masih belum lagi menerima laporan rasmi berhubung hasrat tersebut daripada kerajaan Sarawak.

    Loke berkata untuk diserahkan kepada kerajaan Sarawak, ia perlu melalui pelbagai proses perundangan namun kementeriannya mengalu-alukan perbincangan bersama.

    “Sebarang kemungkinan, apa sahaja boleh dibincang dan dirunding. Jadi saya memahami apa aspirasi yang kerajaan Sarawak inginkan. Saya tidak menolak perbincangan tersebut dan kita terbuka tetapi ia akan memerlukan banyak proses kerana Pelabuhan Bintulu merupakan pelabuhan persekutuan.

    “Dan pelabuhan persekutuan ini dikawal selia melalui akta di bawah Parlimen. Bidang kuasa, kawal selia bidang kuasa pelabuhan itu adalah bawah kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu, Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd, di sini hari ini.

    Terdahulu media melaporkan, bahawa kerajaan negeri Sarawak akan berbincang dengan Putrajaya untuk mengambil semula Pelabuhan Bintulu, yang kini berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. – Bernama

    Loke berucap pada perasmian pembukaan Infinity Freight Village 5 (FV5) di Westports, Pulau Indah, hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...