Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelaburan Microsoft wajar jadi aspirasi industri lain dalam memacu inovasi negara

    KUALA LUMPUR, 24 JUN – Kementerian Digital Malaysia melihat komitmen pelaburan terbaharu berjumlah AS$2.2 bilion yang diumumkan oleh Microsoft wajar menjadi aspirasi dan penanda aras kepada industri lain dalam memacu inovasi Malaysia.

    Ini seterusnya dapat menggalakkan pembangunan bakat digital dan memacu perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab digital global, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Dr Richard Rapu @ Aman Anak Begri (GPS-Betong).

    Richard meminta Kementerian Digital menyatakan bagaimana ia melihat komitmen pelaburan terbaharu yang diumumkan oleh Microsoft terhadap potensi digital Malaysia.

    Kementerian itu menjelaskan pelaburan berkenaan membolehkan Microsoft membangunkan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

    Microsoft juga merancang mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia untuk menubuhkan Pusat AI Negara. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda