Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelaburan RM25 bilion Infineon bukti keyakinan tinggi pelabur asing

    KUALA LUMPUR, 4 OGOS – Pelaburan terkini oleh syarikat semikonduktor global, Infineon Technologies AG di Malaysia mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia, inisiatif Ekonomi Madani dan masa depannya.

    Pengerusi CIMB Asean Research Institute (CARI) Asean Research and Advocacy Tan Sri Dr Munir Majid berkata pengumuman mengenai pelaburan besar itu tidak seharusnya dijejaskan oleh “cakap-cakap yang tidak perlu”, terutamanya daripada mereka yang mempunyai agenda politik negatif.

    “Secara lebih khusus, produk Infineon mempunyai kaitan secara langsung dengan industri mampan, memberi makna sebenar kepada komitmen terhadap inisiatif hijau yang perlu kita fokus,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Pada Khamis, Infineon Technologies mengumumkan pengembangan kemudahannya di Kulim, Kedah untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200 milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sehingga lima bilion euro dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Katanya pelaburan tersebut akan menyumbang kepada potensi perolehan SiC tahunan kira-kira tujuh bilion euro menjelang akhir dekad ini, selain penukaran SiC 200mm di Villach, Austria dan Kulim, Kedah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda