Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelajar Hong Kong dipenjara, mengagungkan pisau kepada polis

    HONG KONG, 30 OKT – Empat bekas pemimpin pelajar universiti Hong Kong dipenjarakan selama dua tahun hari ini, kerana menghasut orang lain untuk mencederakan polis selepas mereka mengagungkan serangan pisau ke atas seorang pegawai, kata seorang hakim.

    Pada 1 Julai 2021, seorang lelaki menikam dan mencederakan seorang pegawai polis di sebuah kawasan membeli-belah yang sibuk sebelum membunuh dirinya sendiri dalam tindakan yang digelar pihak berkuasa sebagai tindakan keganasan domestik.

    Beberapa hari kemudian, majlis kesatuan pelajar di Universiti Hong Kong (HKU) – termasuk pengerusi dan tiga anggota lain meluluskan usul untuk berkabung atas penyerang itu, dan untuk menghargai pengorbanannya untuk Hong Kong.

    Empat pelajar itu -Kinson Cheung, Kwok Wing-ho, Chris Todorovski dan Yung Chung-hei pada mulanya didakwa atas tuduhan menghasut keganasan di bawah undang-undang keselamatan negara yang menyeluruh yang dikenakan oleh Beijing ke atas hab kewangan itu selepas protes 2019.

    Bekas pelajar itu, kini berusia 21 dan 22 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif “menghasut orang lain untuk mencederakan pegawai polis” yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup  dan hakim daerah Adriana Tse Ching menjatuhkan hukuman 24 bulan penjara kepada mereka.

    Beliau berkata bahawa kumpulan itu bukan sahaja secara terbuka melanggar undang-undang dan menyasarkan pegawai polis, tetapi juga menggunakan majlis kesatuan pelajar sebagai platform untuk memuliakan insiden itu.

    “Defendan-defenden itu telah menyalahgunakan kuasa mereka sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif,” kata penghakiman itu.  – AFP

    Gambar hiasan. – Freepik

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...