Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelajar ISB fahami peranan MMN

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 104 pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), hari ini telah mengadakan lawatan ke Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat sebagai sebahagian daripada program pembelajaran sekolah berkenaan.

    Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai fungsi dan peranan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di negara ini serta prosedur dan tatacara perundangan yang dipraktikkan dalam pengendalian Persidangan MMN.

    Berangkat menyertai rombongan ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Ketibaan rombongan pelajar ISB dialu-alukan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Pemangku Jurutulis MMN, Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah.

    Semasa lawatan itu, pelajar berpeluang menyaksikan sebuah video korporat jabatan yang telah mengetengahkan perjalanan dan sejarah MMN sejak ia ditubuhkan sebelum negara mencapai kemerdekaan hingga ia ditubuhkan semula pada 2004 hingga sekarang.

    ATAS & BAWAH: YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman turut berangkat bersama rakan-rakan sekolah semasa lawatan tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman turut berangkat bersama rakan-rakan sekolah semasa lawatan tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Para pelajar juga mengadakan lawatan ke Dewan Persidangan MMN selain persekitaran Bangunan Dewan Majlis yang mempunyai banyak makna simbolik kepada konsep dan reka bentuk berdasarkan falsafah Melayu Islam Beraja.

    Salah satu program semasa lawatan yang menarik perhatian pelajar adalah mengenai perbahasan pendidikan yang diadakan di Dewan Mini yang juga merupakan replika kepada Dewan Persidangan MMN.

    Melalui perbahasan itu, ia memberikan pendedahan kepada pelajar serta pengalaman membentangkan rang undang-undang

    semasa persidangan terutama dalam mengusulkan cadangan tatacara menyokong atau membantah kepada usul cadangan tersebut.

    Melalui lawatan itu, ia diharap dapat memberikan gambaran lebih jelas kepada pelajar mengenai jabatan berkenaan yang bukan sahaja memfasilitasikan MMN tetapi juga bagi Majlis Mesyuarat Diraja dan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.

    Ia juga diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme pelajar dalam mengembang majukan negara pada masa hadapan untuk bangsa dan negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...