Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kempen lindungi alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 30 NOV – Bagi mendukung inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan (JIIK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan kempen kebersihan dengan kerjasama Urus Setia Kempen Kebersihan Sepanjang Tahun, majlis perundingan kampung (MPK) dan jawatankuasa takmir masjid Kampung Sengkarai, hari ini.

    Kempen memfokuskan sepanjang laluan Jalan Pengasing, Jalan Kecil Sengkarai, sebahagian Jalan Kuala Tutong dan sekitar kawasan Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai.

    Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menyertai kempen berkenaan ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Kempen dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Allah Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Imam Masjid PAHMA, Awang Abdul Raqib bin Haji Awang.

    Sesi pemanasan badan turut diadakan sebelum bermulanya aktiviti kempen tersebut.

    Antara yang turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai, timbalan menteri, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli MPK dan jawatankuasa takmir masjid serta golongan suka-relawan dan para penduduk Kampung Sengkarai.

    Kempen berkenaan antara lain bertujuan untuk memberi kesan positif dan menerapkan nilai rasa tanggungjawab kepada komuniti bagi amalan kebersihan kampung-kampung dan kawasan persekitaran di samping menggalakkan ahli komuniti untuk bersama-sama memupuk rasa perpaduan warga kampung dalam menangani isu kebersihan.

    Selain itu, kempen tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya alam sekitar yang bersih dan penjagaan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama, demi kesihatan dan keselamatan masyarakat.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menyertai acara pemanasan badan ketika kempen kebersihan tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara yang menyertai kempen kebersihan yang dijalankan di sepanjang laluan Jalan Pengasing, Jalan Kecil Sengkarai, kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...