Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar JIS hasilkan bebola terumbu untuk pemuliharaan marin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Poni Divers dan LAUT Brunei meraikan pencapaian penting dalam pemuliharaan marin apabila menyerahkan bebola terumbu pertama yang dihasilkan oleh pelajar Brunei kepada Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) melalui Kelab Menyelam JIS menandakan komitmen sekolah terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pendidikan marin.

    Bebola Terumbu peringatan itu dihasilkan oleh pelajar JIS dalam pelancaran Program Bebola Terumbu Sekolah pertama yang diadakan di Pusat Penemuan Luar JIS pada November 2023.

    Sejak itu, Poni Divers dan LAUT Brunei terus bekerjasama dengan JIS dalam program tersebut, yang melibatkan pelajar dalam ceramah pemuliharaan marin. Secara keseluruhannya, 34 bebola terumbu telah dihasilkan, dengan beberapa daripadanya sudah ditempatkan di tapak Bebola Terumbu JIS khusus di Pelong Rocks.

    Turut hadir dalam majlis penyampaian bebola terumbu ialah wakil dari LAUT Brunei, Donna Baltazar dan Fatnin Shah, bersama-sama ahli fakulti JIS, Sue Mead dan Dani Mason.

    Bebola terumbu yang dihasilkan oleh pelajar Brunei. – GAMBAR SERAHAN PONI DIVERS
    GAMBAR SERAHAN PONI DIVERS
    GAMBAR SERAHAN PONI DIVERS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda