Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelajar SMSH sertai bengkel penulisan CV, temu duga

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Sekumpulan 45 orang pelajar tahun 11 Sekolah Menengah Sayyidina Husain (SMSH) telah menghadiri Bengkel Penulisan Curriculum Vitae (CV) dan Temu duga yang berlangsung di Makmal ICT sekolah. Bengkel itu dianjurkan oleh Unit Pendidikan Kerjaya sekolah tersebut.

    Objektif bengkel ini adalah untuk mengajar pelajar tentang cara menulis CV yang menarik untuk tujuan kegunaan masa hadapan. Melalui latihan ini, pelajar diharapkan dapat mempelajari kemahiran menulis CV, memahami apa yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan CV, belajar tentang kesilapan yang sering dibuat dalam penulisan CV, dapat menyediakan CV yang menarik untuk permohonan kerja, melanjutkan pelajaran dan memperoleh kemahiran temu duga yang baik.

    Bengkel itu telah dikendalikan oleh Pengurus Pemasaran di Kolej Perdagangan & Teknologi Cosmopolitan, Dayang Nur Hidayatul binti Jefri. Semasa bengkel dilaksanakan, beliau menerangkan cara menulis CV yang lebih baik dan memberi beberapa petua tentang apa yang perlu ditulis pada CV.

    Kemudian pelajar diajar tentang cara membuat persediaan untuk temu duga dari segi penampilan, cara, tatasusila, etika berpakaian, membuat kajian menyeluruh untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang mencukupi tentang kursus atau pekerjaan yang dipohon, mempraktikkan sejauh mana mereka mengenali diri mereka sendiri, apakah kemahiran yang mereka ada untuk pekerjaan itu dan pencapaian mereka setakat ini.

    Para pelajar juga berpeluang memainkan lakonan yang berperanan sebagai penemu duga dan yang ditemu duga di mana mereka membuat senario yang berbeza tentang perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa temu duga.

    Di akhir bengkel, para pelajar telah memperoleh kemahiran yang berharga dalam penulisan CV dan temu duga yang akan mempersiapkan mereka untuk apa saja yang diceburi di masa depan mereka.

    Bergambar ramai selepas bengkel selesai. – GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIZ PANDIN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...