Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    408 GT, Allure tampil unik dan moden

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS -TCY Motors Sdn Bhd, pengedar kereta Peugeot hari ini memperkenalkan kereta Peugeot 408 GT dan 408 Allure terkini pada majlis pelancaran yang berlangsung di Bilik Pameran Peugeot, Kiarong.

    Peugeot 408 merupakan segmen Fastback yang menawarkan pengalaman pemanduan yang dilengkapi dengan generasi terkini i-Cockpit ergonomic dan sistem keselamatan terbaharu dan versatil.

    Berukuran 4,690mm panjang dan jarak dimensi antara roda 2,787mm – ia juga menawarkan ruang kargo sebesar 536 liter (atau 471 liter untuk versi plug-in), dan mampu mencapai ruang sebesar 1,611 liter apabila kerusi baris kedua dilipat.

    Dari segi rupa, Peugeot 408 membawakan rekaan terkini dengan lampu LED, lampu DRL berbentuk taring serta gril hadapan yang lebih moden.

    Bahagian belakang 408 ini menyerlahkan lagi ciri-cirinya sebagai sebuah kenderaan crossover, terutama pada bahagian bampar yang sarat dengan elemen cladding, lampu utama yang elegan serta struktur ‘telinga kucing’ pada atas tiang C yang dikatakan mampu mengoptimumkan aliran udara di bahagian tersebut.

    Peugeot 408 Allure dan GT yang dipamerkan di Bilik Pameran Peugeot, Kiarong. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Bahagian dalam yang serba moden dan canggih. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Kedua-dua model GT dan Allure memiliki keunikannya tersendiri, yang menampilkan enjin 1.6 liter yang mampu menjana kuasa keseluruhan setinggi 215hp dan 300Nm.

    Selain itu, versi i-Cockpit datang bersama pendekatan yang lebih moden, terdiri daripada roda stereng yang kecil, paparan instrumen digital serta skrin infotainmen bersaiz 10 inci yang dihalakan ke arah pemandu.

    Pembeli juga boleh mendapatkan sistem audio Focal dengan 10 pembesar suara yang dibangunkan secara khusus untuk model 408.

    Sempena pelancaran model baharu ini, TCY Motors juga memperkenalkan promosi pilihan Waranti Lanjutan. Pelanggan kini boleh membeli pelan perlindungan lanjutan lima atau tujuh tahun, yang melebihi jaminan standard (tiga tahun atau 100,000km), justeru memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan tambahan untuk pembelian mereka.

    408 baharu akan tersedia untuk tontonan dan pandu uji dari 1 hingga 3 Disember di Bilik Pameran Peugeot, Kiarong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...