Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pelajar SSMS juarai Pertandingan Menulis Esei sempena Jubli Emas Kemerdekaan Bangladesh

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Jawata Afnan dari Sekolah Seri Mulia Sarjana (SSMS) muncul juara bagi Pertandingan Menulis Esei dan menerima hadiah dalam majlis yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Ayden Chung Xun Wang dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mendapat tempat kedua dan Justene Wong Yi Xuan dari Sekolah St Andrew di tempat ketiga.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

    Sementara itu, tiga orang peserta dari SSMS iaitu Kevin Su Sen Shong, Qasrina Mohd Pradaus dan Dayang Nur Soffiya Nadhirah binti Hamzah telah dipilih untuk menerima hadiah Special Mention bagi pertandingan berkenaan.

    Terdahulu sebelum penyampaian hadiah, PYT Nahida Rahman Shumona dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa pertandingan itu, selain daripada untuk memperingati Jubli Emas Kemerdekaan Bangladesh, adalah untuk meraikan Hari Literasi Antarabangsa dan Sambutan Hari Guru 2022.

    Sementara itu, Presiden Brunei Reading and Literacy Association (ReLA), Dr Malai Zeiti Abdul Hamid dalam ucapannya menyatakan bahawa membaca adalah amat penting dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan.

    Beliau menambah bahawa melalui membaca dan menulis, kita akan dapat menghasilkan fikiran dengan kritikal dan daripada itu, kita boleh menjadi seorang pembaca, penulis dan pemikir kritikal.

    Pada majlis berkenaan, ketiga-tiga orang finalis telah membaca esei mereka dan majlis turut diserikan dengan deklamasi sajak Bangladesh oleh belia-belia dari Brunei ReLA.

    Pertandingan itu dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Brunei ReLA.

    PYT Nahida Rahman Shumona serta jemputan khas bergambar ramai bersama tiga orang pemenang Pertandingan Menulis Esei berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...