Penyanyi Shakira dilaporkan sudah menemui pengganti selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak terkenal, Gerard Pique.
Shakira dilaporkan jatuh cinta dengan model yang diupah untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya berjudul Punteria lakonan Lucien Laviscount.
Lucien, 32, sebelum ini cukup terkenal dengan lakonannya menerusi drama bersiri Emily In Paris.
Meskipun mempunyai jarak usia 16 tahun namun sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Shakira tidak peduli tentang usia dan sudah angau dengn Lucien.
Dalam muzik video Punteria, Shakira, 47, dan Lucien turut melakonkan beberapa adegan intim sambil aktor itu membelai pipinya dalam keadaan separuh bogel.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/04/P18-C-MSTAR_08042024.jpg)
Memetik laporan mStar, hubungan cinta Shakira dan Lucien membimbangkan rakan rapat penyanyi itu yang didakwa hanya mahu menggunakan Shakira bagi meraih populariti.
Sementara itu, sumber lain pula memaklumkan Shakira masih belum melupakan Pique dan Lucien hanya sekadar ‘persinggahan’ sebelum melupakan bekas kekasihnya.
Shakira atau Lucien masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung gosip terbaharu tersebut.
Untuk rekod, Shakira dan Pique mula bercinta pada 2011 namun berpisah dua tahun lalu.
Walaupun tidak berkahwin, namun pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Milan, 12 dan Sasha, 10 tahun. – Agensi