Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pelakon From Saga With Love 2 teruja jumpa Gabenor Saga

    Barisan pelakon drama bersiri From Saga With Love 2 menerima undangan untuk bertemu Gabenor Saga iaitu Yoshinori Yamaguchi pada 16 Mei lalu.

    Dalam pertemuan itu, Yoshinori menyambut baik pemilihan Saga, Jepun sebagai lokasi penggambaran dan berharap sambu-ngan drama berkenaan mendapat sambutan penonton.

    From Saga With Love musim pertama telah menerima maklum balas yang sangat baik dan saya sangat teruja menantikan sekual drama bersiri ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

    Pertemuan berkenaan berlangsung di ibu pejabat kerajaan Saga dan dihadiri oleh pihak produksi serta para pelakon termasuk Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry dan Sophia Albarakbah.

    Sementara itu, pelakon Siti Khadijah meluahkan keterujaan dapat menjayakan penggambaran di bandar berkenaan sekali gus membantu memperkukuhkan hubungan antara Saga dan Malaysia.

    “Saya sangat gembira apabila dapat kembali semula menjalani penggambaran di Saga.

    “Ini merupakan sumbangan kecil saya dalam mengukuhkan lagi hubungan baik antara Saga dan Malaysia,” ujarnya.

    Sesi tersebut turut menerima liputan media dari negara Jepun seperti NHK TV, Saga TV, Bunbun TV, Saga Shimbun dan Asahi Shimbun. From Saga With Love musim kedua bakal menemui penonton pada Oktober ini menerusi aplikasi Viu. – Agensi

    Para pelakon dan pihak produksi berpeluang beramah mesra dengan Gabenor Yoshino. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Ariana Grande berehat panjang?

    Konsert jelajah Eternal Sunshine bermula Jun tahun depan berkemungkinan...

    ‘Nyanyian langsung cabaran baharu di pentas teater’

    Selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater...

    Bekas isteri bimbang anak ikut wajah Sule

    Penyanyi Nathalie Holscher pernah berasa bimbang untuk menyambut kelahiran...

    Muzium pamer patung lilin Puteri Diana dengan ‘gaun dendam’

    PARIS, 20 NOV – Muzium patung lilin Grevin di...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...