Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon Kanada mati akibat mahu seiras Jimin BTS

    Gara-gara mahu memiliki wajah seiras anggota kumpulan K-Pop sensasi, Jimin BTS dalam drama lakonan, pelakon kelahiran Kanada sanggup melakukan 12 pembedahan plastik sehingga meragut nyawanya.

    Saint Von Colluci, 22, meninggal dunia di sebuah hospital di Korea Selatan, pagi Ahad lalu akibat komplikasi pembedahan mengeluarkan implan dari rahang yang dilakukan beberapa bulan lalu.

    Mengikut laporan portal Daily Mail, pelakon muda itu membelanjakan RM979,110 bagi membolehkannya kelihatan seperti anggota K-Pop sensasi itu.

    “Colluci tidak yakin dengan penampilannya dan tidak menyukai bentuk rahang yang terlalu lebar dan mahukan bentuk ‘V’ yang dimiliki kebanyakan orang Asia,” kata Blake yang bekerja dengan Colucci sejak Mac tahun lalu.

    Blake mendedahkan, Colucci menjalani 12 prosedur kosmetik sepanjang tahun lalu termasuk pembedahan rahang, implan, angkat muka, operasi hidung, angkat mata, angkat kening, pengurangan bibir dan beberapa pembedahan kecil lain.

    Saint Von Colluci meninggal dunia akibat jangkitan dari pembedahan plastik yang dilakukannya untuk memiliki wajah seiras Jimin BTS. – Agensi

    “Beliau tidak yakin dengan wajahnya kerana sukar mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan dan merasa di diskriminasi gara-gara berwajah kebaratan,” ujar Blake lagi.

    Colucci berpindah ke Korea Selatan untuk mencipta nama dalam bidang muzik pada 2019.

    Beliau juga menjadi pelatih untuk salah sebuah syarikat pengurusan hiburan terkemuka di Korea Selatan.

    Kos rumah, pengangkutan dan sara hidup Colucci ditanggung firma berkenaan dengan menandatangani kontrak selama tujuh tahun.

    Blake menjelaskan, Colucci bakal memulakan penggambaran drama Korea, Pretty Lies pada Jun depan dan penggambaran dijangka selesai pada penghujung tahun.

    Walaupun tidak dapat mendedahkan terlalu banyak butiran, Blake berkata, rancangan lapan episod itu akan disiarkan di platform penstriman Amerika Syarikat (AS) pada Oktober depan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda