Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelakon Legally Blonde, Raquel Welch meninggal dunia

    Pelakon yang popular menerusi filem Legally Blonde iaitu Raquel Welch (gambar) meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Khamis.

    TMZ melaporkan Welch menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari dilaporkan jatuh sakit.

    Welch atau nama sebenarnya Jo Raquel Tejada dilahirkan pada 1940 di Chicago dan mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada 1966 menerusi filem One Million Years B.C.

    Aktres berkenaan juga pernah berlakon di samping beberapa aktor hebat Hollywood seperti James Stewart, Frank Sinatra, John Huston dan Burt Reynolds.

    Bakat lakonan mendiang juga pernah mendapat pengiktirafan apabila memenangi Golden Globe menerusi kategori Pelakon Komedi Terbaik menerusi filem The Three Musketeers.

    Bagi generasi muda, Welch dikenali menerusi watak Mrs. Windham-Vandermark menerusi filem Legally Blonde pada 2004 di samping aktres Reese Witherspoon.

    Welch pernah berkahwin sebanyak empat kali namun perkahwinan terakhirnya bersama Richard Palmer yang 14 tahun lebih muda berakhir dengan penceraian pada 2008.

    Selebriti kesayangan ramai itu meninggalkan dua orang anak iaitu Damon Welch dan Tahnee Welch. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...