Pelakon Korea siri Squid Game, Oh Young Soo akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap seorang aktres pada tahun 2017.
Mahkamah pada Jumaat juga menetapkan Yong Soo berada dalam tempoh pemerhatian selama dua tahun selain perlu melengkapkan program mencegah gangguan seksual selama 40 jam.
Memetik laporan mStar, Yong Soo, 80, hadir di Mahkamah Daerah Suwon pada Jumaat bagi proses pertama perbicaraan tersebut.
Dia bagaimanapun dilaporkan mahu mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.
Ketika bertemu media di luar mahkamah, Yong Soo hanya mengiyakan tentang hukuman tersebut tanpa memberi sebarang komen lanjut.
Pada November 2022, Young Soo berdepan dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita dengan memegang tubuh selain mencium pipinya.
Nama Yong Soo sebelum in menjadi bualan hangat kerana ramai yang tidak menyangka pemenang anugerah Golden Globe itu sanggup melakukan perbuatan sedemikian. – Agensi