Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lelaki serang Kamal Adli dipenjara 2 tahun

    Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu terhadap lelaki yang menyerang pelakon Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac 2023.

    Tertuduh Muhammad Nabil Rashid, 34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain pada Januari lalu.

    Nabil yang merupakan warga Singapura mengaku dia melakukan kesalahan itu kerana beranggapan pelakon itu atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, mencabul saudara wanitanya.

    Sebelum ini, Nabil direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.

    Pada 12 Mac 2023, Kamal diserang individu tidak dikenali menggunakan cota ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang diadakan di Singapura Expo, Singapura.

    Menurut laporan mStar, dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun.

    Pada 14 Mac 2023, suspek didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

    Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan dan mana-mana gabungan hukuman itu. – Agensi

    Penyerang Kamal dihukum penjara lebih dua tahun. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...