Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelancong dari 28 negara boleh kunjungi Iran tanpa visa

    TEHRAN, 31 JAN – Mulai 5 Februari, pelancong dari 28 negara boleh melancong ke Iran tanpa visa, menurut Timbalan Menteri Luar bagi Hal Ehwal Konsular, Parlimen dan Ekspatriat, Alireza Bigdeli.

    Negara terbabit termasuk Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tunisia, Tanzania, Mauritania, Zimbabwe, Mauritius, Seychelles, Jepun, Indonesia, Singapura, Vietnam, Kemboja, Brunei, Brazil, Mexico, Peru, Croatia, Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Belarus dan India, lapor agensi berita Mehr, (MNA) memetik kenyataan Bigdeli.

    Warganegara India yang memasuki Iran dengan kapal terbang dikecualikan visa, namun mereka perlu mendapatkan visa jika memasuki negara itu melalui sempadan darat, katanya.

    Pada Disember, Menteri Warisan Kebudayaan, Pelancongan dan Kraftangan Iran, Ezzatollah Zarghami berkata Kabinet Iran meluluskan pembatalan visa unilateral ke atas negara tertentu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...